Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dua syarikat agensi pekerjaan yang sah di negara ini di bawah Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM).
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, dua syarikat terbabit dipercayai antara dalang sindiket penipuan pekerjaan rakyat Malaysia ke Thailand.